TAZKIRAH

JANGAN

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam iaitu Saidina Umar Al Khattab

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang Allah (saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana kasut emas fir’aun pun berada di neraka, sedangkan selipar lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga

Subhanallah….

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayahNya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah..

Tinggalkan Balasan